Saturday, June 26, 2010

Gempak Desa 'ASTRO'

          Assalmmulaikm dan salam sejahtera.  Pada 26 Jun 2010 hari Sabtu, telah berlangsung siri jelajah rancangan T.V berbayar yang terkenal iaitu ASTRO, dengan tema "Gempak Desa Astro".  Ianya telah berlangsung selama 3 hari dan bertempat di Dataran Penggaram Batu Pahat. Pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik telah berlangsung.
          Alhamdulillah... Tadika & Taska Al Hidayah Gemilang telah di jemput hadir untuk peraduan Mewarna aktiviti sukan-nika, dan kuiz Pendidikan Islam untuk kanak-kanak.  Ucapan tahniah buat adik Fatah kerana mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan mewarna anjuran ASTRO.
          Ucapan terimakasih kepada semua staff Al Hidayah Gemilang dan para ibu/bapa/penjaga kanak-kanak Tadika & Taska yang telah terlibat sama dalam program yang meriah ini.  Sekian Terima Kasih.

PERADUAN MEWARNA ASTRO

 Murid-murid beratur di tapak kanivel

sempat bermain permainan tradisional 'CONGKAK'

mewarna kartoon Ultraman

pertandingan mewarna di booth astro kids

telatah dan gelagat kanak-kanak

No comments:

Post a Comment