Wednesday, December 7, 2011

CAWANGAN BARU AL-HIDAYAH DI PT. RAJA

          Apa khabar semua pembaca sekalian...?   Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca sekelian, Al-Hidayah Educare akan membuka cawangan barunya pada tahun 2012 di kawasan Parit Raja Batu Pahat.
Pembaca bolehlah segera membuat PENDAFTARAN di Cawangan kami Al-Hidayah Citra Minda yang beralamat :

TADIKA AL-HIDAYAH CITRA MINDA - (CAWANGAN BARU)
NO. 1 JALAN BUNGA RAYA 2
TMN. BUNGA RAYA, 864000
PARIT RAJA. BATU PAHAT
JOHOR.
TEL :  CIKGU IZA - 013 705 6650

 TADIKA AL-HIDAYAH GEMILANG - (HEAD)
NO. 13, 14 & 15. JALAN GEMILANG 6
TAMAN BANANG JAYA
83000. BATU PAHAT
JOHOR.

 TADIKA AL-HIDAYAH CEMERLANG - (CAWANGAN BARU - N0. 2. JLN. ANGSANA)
NO. 8. JALAN SELASIH & NO. 2. JALAN ANGSANA
TAMAN TANAH MERAH
83000. BATU PAHAT
JOHOR

PERKHIDMATAN KAMI :

                                          1.  TADIKA          
                                          2.  TASKA            
                                          3.  TRANSIT        
                                          4.  TRANSPORT  
                                          5.  TUITION

Untuk Keterangan lebih Lanjut :  Sila Hubungi Kami  di Alamat atau No. Tel yang tertera di atas.
...Sekian Terima Kasih...




KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN KEBANGSAAN - (KSPK)

              Apa khabar semua pembaca sekalian...?   Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca budiman,  Al-Hidayah Educare telah menghantar 4 orang Guru dari Tmn. Banang Jaya dan Tmn. Tanah Merah untuk menghadiri kursus KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN KEBANGSAAN - (KSPK), yang bermula dari 5-Dec-2011 ~ 23-Dec-2011 iaitu selama 3 minggu yang berlangsung di Pine Tree Hotel.
                 Al-Hidayah Educare mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rini dari Tmn. Banang Jaya, Cikgu Norashikin dan Cikgu Adila dari Tadika Al-Hidayah Tmn. Tanah Merah Lim Poon.  Ucapan Terima Kasih juga di ucapakkan kepada tenaga pengajar KSPK iaitu Cikgu Khaina dan Tenaga Pengajar yang lain.  Tidak lupa juga ucapan Terima Kasih kepada Tn. Hj. Dahlan dari Jabatan Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Pn. Fadilah & Cikgu Adila bersama Pn.Zimawati dari Tadika Al-Huda Tmn. Makmur B. Pahat

Kumpulan BERJAYA bersama Tenagan Pengajar Pn. Khainah - Dlm sesi Perbentangan

MAJLIS KONVOKESYEN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

           Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca budiman sekelian,  Majlis Konvokesyen Al-Hidayah Educare telah berlangsung dengan jayanya pada 24-Nov-2011, yang bertempat di SUMMIT PRADE Batu Pahat.
         Ribuan Terima Kasih di Ucapkan kepada para GURU AL-HIDAYAH EDUCARE, yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik anak-anak untuk  menjayakan Majlis yang gilang-gemilang ini.  Begitu juga kepada anak-anak Al-Hidayah Educare (Tadika - Taska - Transit - Transport - Tuition), yang sama-sama menjayakan majlis ini dengan Persembahan yang bersahaja dan sangat menghiburkan.
          Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kepada Para-Sponser - (Summit Prade, Cosmic EMB, Omry Trading dll).  Begitu juga buat Tuan Hj. Sapawi b. Johari, Pengerusi Al-Hidayah Educare Negeri Johor, yang telah sudi Merasmikan Majlis Konvokesyen Pada Kali ini.
                      

Sekian Terima Kasih...


MAJLIS KONVOKESYEN AL-HIDAYAH EDUCARE
Persembahan dari Al-Hidayah Tmn. Banang - 5th

Penyampaian SIJIL oleh Tn. Hj. Sapawi - (Pengerusi Hidayah Negeri JOHOR)
         
Pn. Fadilah Bersama Al-Hidayah Citra Minda - Pt. Raja (Cawangan Baru)

Persembahan Murid 6th

Murid 4th - Tmn. Banang

Murid 4th - Lim Poon












Tuesday, November 22, 2011

Majlis Konvokesyen Al-Hidayah Educare 2011


  1. Assalammulaikum dan Salam Sejahtera buat semsua pembaca budiman. Alhamdulillah selesai sudah Konvokesyen sudah sesi persekolahan bagi tahun 2011, dan kini anak-anak akan bercuti panjang selama Lebih kurang sebulan setengah, di harap anak-anak dapat menafaatkan cuti ini dengan baik Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan 5A, dalam peperiksaan UPSR. Warga AlHidayah juga sangat berbangga, kerana salah seorang warga al hidayah telah berjaya mendapat 5A, iaitu adik AINA IYAMA. Tahniah di ucapkan. Baiklah untuk pengetahuaan anda semua, Al-Hidayah Educare akan mengadakan majlis Konvokesyen pada hari khamis 24-11-2011.yang bertempat di SUMMIT PRADE BT. PAHAT.

Sunday, November 6, 2011

PENDAFTARAN 2012 KINI DI BUKA

PENDAFTARAN 2012 KINI DI BUKA...

PERKHIDMATAN KAMI :
  1. TADIKA
  2. TASKA
  3. TRANSIT
  4. TRANSPORTS
  5. TUISYEN
ALAMAT KAMI :

NO. 13, 14 & 15 JLN GEMILANG 6    ATAU    NO 8. JLN SELASIH
TAMAN BANANG JAYA                                   TAMAN TANAH MERAH
BATU PAHAT                                                      BATU PAHAT




Selamat Hari Raya Aidil Adha

          Assallammulaikum dan salam sejahtera...Kami Pihak Pengurusan Al Hidayah Educare, Warga Kerja dan anak-anak Al Hidayah Educare...Mengucapkan Selam Hari Raya Aidil Adha.   Dan kami juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat para jemaah Haji  Malaysia semoga anda mendapat Haji yang Mabrur.  ...Ammin...

Wednesday, November 2, 2011

ENGLISH IMPROVEMENT

          Assalammulaikum dan Salam Sejahtera...Di harap anda dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...Amin....Baiklah untuk pengetahuan para pembaca sekelian...bermula bulan Oktober yang lepas, Pihak Pengurusan Al-Hidayah Educare telah mengadakan KELAS BAHASA INGGERIS...khusus untuk guru-guru Tadika Al-Hidayah.  Ianya bertujuan untuk memantapkan lagi Penguasaan Bahasa Inggeris pada setiap guru-guru yang bertugas dan sekaligus dapat meningkatkan KUALITI setiap warga AL-HIDAYAH EDUCARE...Insyallah
          Pihak Pengurusan Al-Hidayah Educare juga ingin Mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Puan Hafilah Bt. Mohd Salleh kerana sudi menerima jemputan Pihak Pengurusan untuk MENGAJAR  BAHASA INGGERIS di Tempat Kami...


 Guru Bahasa Inggeris - Pn. Hafilah

Para Guru Al-Hidayah begitu Tekun semasa kelas di jalankan.

Sekian Terima-Kasih...
     konsep & rekaan : zainul rizal

GOTONG-ROYONG

          Assallammulaikum dan Salam Sejahtera...untuk pengetahuan para pembaca budiman sekelian, warga kerja Al-Hidayah Educare, telah sama-sama bergotong-royong untuk mengemas, susun-atur dan mengecat bilik darjah.  Ianya bertujuan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua, khususnya kepada anak-anak Al-Hidayah Educare sendiri.  Secara tidak langsung ianya dapat memupuk dan mengeratkan lagi silaturahim di antara para pekerja di Taman Banang Jaya dan Cawangan di Taman Tanah Merah (Lim Poon).
          Kami pihak Pengurusan Al-Hidayah Educare, mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua guru-guru yang terlibat. T.Q for [Cikgu Rini, Cikgu Faezah, Cikgu Katijah - Tmn Banang Jaya] dan [Cikgu Ika, Cikgu Dila & Cikgu Shikin - Tmn. Tanah Merah]




Tuesday, November 1, 2011

Penyerahan Bantuan YURAN dari KPNJ

          Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...dari kami Warga Al-Hidayah Educare Taman Banang Jaya dan Cawangan di Taman Tanah Merah.  Di harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya bersama orang yang tersayang.  Sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini.  
         Baiklah untuk artikal pada kali ini...terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan terimakasih kepada Kementerian Pendidikan kerana telah memberi BANTUAN iaitu menanggung semula Yuran Persekolahan sebanyak RM80 X 10 bulan = RM800.  Taniah kami ucapkan kepada keluarga penerima semoga ianya dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan sekolah anak anda.
Terimaksih juga kami ucapkan kepada Tuan Hj. Dahlan dari Pjabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, kerana telah banyak menyokong kami dalam meningkatkan kualiti Tadika Al Hidayah Educare.  Sekian sahaja coretan untuk kali ini...Sekian Terima Kasih.

TAHNIAH KEPADA PARA PENERIMA YURAN BANTUAN DARIPADA jpn. SEBANYAK 
RM 800.00

  CEK TELAH DI SAMPAIKAN OLEH CIKGU FADILAH


Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

          Assalammulaikum dan salam sejahtera..di harap anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria hendaknya bersama keluarga yang tersayang.  Sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini khususnya bagi tahun 2011...pelbagai cerita suka dan duka sepanjang tahun ini yang tak sempat saya kongsikan bersama anda semua...insyallah jika ada kelapangan dan di izinkan selepas ini saya akan sentiasa menulis untuk anda semua.
          Baiklah di sempena bulan yang baik ini iaitu bulan Syawal...Saya Zainul Rizal B. Mahmood, isteri  tersayang Pn. Fadilah Bt. Omar, anak-anak dan semua warga kerja Al-Hidayah Educara...mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

Sekian Terimakasih...

Monday, April 4, 2011

KRITIKAN, CACIAN PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK TERUS KAYA & BERJAYA

          Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca budiman, khususnya buat pelanggan Al-Hidayah Educare, Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria & sejahtera hendaknya.  
          Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah, kerana dengan keizinannya dapat juga saya menulis di dalam blog ini, yang mana tiada kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2011. dan Selamat Datang kepada Para Pelajar Baru samada di TADIKA, TASKA, TRANSIT, TRANSPORT & TUISYEN.  Samada di Tmn. Banang Jaya mahupun di cawangan  baru, Tmn. Tanah Merah (Lim Poon).