Wednesday, December 22, 2010

PUSAT TUISYEN AL HIDAYAH

          Assalamulaikum dan salam sejahtera...PENGUMUMAN-PENGUMUMAN ada berita baik buat anda semua.  Bermula pada awal bulan Januari 2011.  Al Hidayah Educare akan mengadakan perkhidmatan TUISYEN buat murid-murid dari tahun 4 hingga 6.

Majlis Suai-Kenal

          Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Alhamdulillah dan syukur kami ke hadrat Allah di atas keluasan dan keberkatan rezeki yang di beri kepada kami.
          Baiklah untuk pengumumam Tuan/Puan sekelian, majlis suaikenal murid-murid Tadika Al-Hidayah Gemilang akan di adakan pada tarikh 28-12-2010 di Taman Banang Jaya dan 29-12-2010 di Lim poon (Taman Tanah Merah).  Sekian Terima Kasih.  Harap Maklum

Friday, December 17, 2010

Pendaftaran 2011 di buka pada 15-Dec-2010

       Assallamulaikum dan salam sejahtera.  Di harap anda sekelian berada dalam sihat dan sejahtera bersama keluarga yang tersayang.   Baiklah untuk catatan pada kali ini ada beberapa berita terkini yang akan saya paparkan, untuk tatapan atau rujukan buat pembaca sekelian.

1.  website berbayar :
          Syukur alhamdulillah, pada awal bulan Dec 2010, saya dan isteri telah mendapat 2 buah laman web berbayar  yang telah lama kami nantikan.  Ribuan terima kasih buat isteri yang tersayang, Pn. Fadilah Omar, kerana dengan kesungguhan beliaulah terhasillah 2 buat laman web yang kami inginkan.  www.hidayaheducare.my dan gemilang696.com.my

2.  Lawatan dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat :
         Pada 14-Dec-2010, wakil dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat, iaitu Tn. Hj. Dahlan telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke Tadika Al Hidayah Gemilang, Taman Banang Jaya dan cawangan baru di Taman Tanah Merah (berhadapan S.E.K Tengku Mariam).  Alhamdulillah dalam lawatan tersebut beliau telah memberikan komen dan pandangan yang berguna serta sokongan padu dengan apa yang telah kami lakukan selama ini.  Kami bagi pihak warga Al Hidayah mengucapkan ribuan terimaksih kepada Tn. Hj. Dahlan kerana telah melawat tempat kami dan meluluskan permohonan ini.

2.  Pendaftaran di buka pada 15-Dec-2010
        Pendaftaran TADIKA, TASKA, TRANSIT, TRANSPORT & TUISYEN  telah bermula dari 15-Dec-2010. Bermula jam 8.30am ~ 5.30pm.  Sekian harap Maklum.