Wednesday, December 22, 2010

PUSAT TUISYEN AL HIDAYAH

          Assalamulaikum dan salam sejahtera...PENGUMUMAN-PENGUMUMAN ada berita baik buat anda semua.  Bermula pada awal bulan Januari 2011.  Al Hidayah Educare akan mengadakan perkhidmatan TUISYEN buat murid-murid dari tahun 4 hingga 6.

Majlis Suai-Kenal

          Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Alhamdulillah dan syukur kami ke hadrat Allah di atas keluasan dan keberkatan rezeki yang di beri kepada kami.
          Baiklah untuk pengumumam Tuan/Puan sekelian, majlis suaikenal murid-murid Tadika Al-Hidayah Gemilang akan di adakan pada tarikh 28-12-2010 di Taman Banang Jaya dan 29-12-2010 di Lim poon (Taman Tanah Merah).  Sekian Terima Kasih.  Harap Maklum

Friday, December 17, 2010

Pendaftaran 2011 di buka pada 15-Dec-2010

       Assallamulaikum dan salam sejahtera.  Di harap anda sekelian berada dalam sihat dan sejahtera bersama keluarga yang tersayang.   Baiklah untuk catatan pada kali ini ada beberapa berita terkini yang akan saya paparkan, untuk tatapan atau rujukan buat pembaca sekelian.

1.  website berbayar :
          Syukur alhamdulillah, pada awal bulan Dec 2010, saya dan isteri telah mendapat 2 buah laman web berbayar  yang telah lama kami nantikan.  Ribuan terima kasih buat isteri yang tersayang, Pn. Fadilah Omar, kerana dengan kesungguhan beliaulah terhasillah 2 buat laman web yang kami inginkan.  www.hidayaheducare.my dan gemilang696.com.my

2.  Lawatan dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat :
         Pada 14-Dec-2010, wakil dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat, iaitu Tn. Hj. Dahlan telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke Tadika Al Hidayah Gemilang, Taman Banang Jaya dan cawangan baru di Taman Tanah Merah (berhadapan S.E.K Tengku Mariam).  Alhamdulillah dalam lawatan tersebut beliau telah memberikan komen dan pandangan yang berguna serta sokongan padu dengan apa yang telah kami lakukan selama ini.  Kami bagi pihak warga Al Hidayah mengucapkan ribuan terimaksih kepada Tn. Hj. Dahlan kerana telah melawat tempat kami dan meluluskan permohonan ini.

2.  Pendaftaran di buka pada 15-Dec-2010
        Pendaftaran TADIKA, TASKA, TRANSIT, TRANSPORT & TUISYEN  telah bermula dari 15-Dec-2010. Bermula jam 8.30am ~ 5.30pm.  Sekian harap Maklum.

Sunday, November 7, 2010

PENDAFTARAN 2011 KINI DI BUKA...

Pendaftaran untuk kemasukan ke Tadika, Taska, Transit dan Transports bagi tahun 2011 kini di buka...

Lawatan Pegawai Kementerian Pelajaran Daerah Batu Pahat

          Assalamulaikum dan salam sejahtera semoga anda semua sihat ceria hendaknya bersama keluarga yang tersayang.  Sudah lama juga saya tidak menyampaikan atau menulis berita terkini tentang aktiviti-aktiviti di Tadika/Taska Al Hidayah Gemilang.
          Untuk pengetahuan semua pada hari Khamis 3 November 2010, salah seorang pegawai pejabat pelajaran Batu Pahat iaitu Mr. Soh, telah mengadakan lawatan ke Tadika Al Hidayah Gemilang untuk memantau segala perjalanan dan aktiviti-aktiviti yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
         Kami warga kerja Tadika Al Hidayah Gemilang mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian Mr. Soh  melawat Tadika kami dan memberikan beberapa tips yang berguna untuk kami jayakan untuk tahun 2011.  Sekian Terimakasih.

Wednesday, June 30, 2010

Sukanika di Gempk Desa ASTRO

AKTIVI-AKTIVITI DI Gempak Desa bersama ASTRO
 

Adik Farzana mengambil bahagian

Adik Fatah

Adik farzana di temuramah

Cikgu juga tidak ketinggalan menyertai acara tiub belon

Bersama Ustaz Dini dalam Kuiz tulisan JAWI

Bergambar kenangan bersama Ustaz Dini (Puaka Nyang Rapik)


Saturday, June 26, 2010

Gempak Desa 'ASTRO'

          Assalmmulaikm dan salam sejahtera.  Pada 26 Jun 2010 hari Sabtu, telah berlangsung siri jelajah rancangan T.V berbayar yang terkenal iaitu ASTRO, dengan tema "Gempak Desa Astro".  Ianya telah berlangsung selama 3 hari dan bertempat di Dataran Penggaram Batu Pahat. Pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik telah berlangsung.
          Alhamdulillah... Tadika & Taska Al Hidayah Gemilang telah di jemput hadir untuk peraduan Mewarna aktiviti sukan-nika, dan kuiz Pendidikan Islam untuk kanak-kanak.  Ucapan tahniah buat adik Fatah kerana mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan mewarna anjuran ASTRO.
          Ucapan terimakasih kepada semua staff Al Hidayah Gemilang dan para ibu/bapa/penjaga kanak-kanak Tadika & Taska yang telah terlibat sama dalam program yang meriah ini.  Sekian Terima Kasih.

PERADUAN MEWARNA ASTRO

 Murid-murid beratur di tapak kanivel

sempat bermain permainan tradisional 'CONGKAK'

mewarna kartoon Ultraman

pertandingan mewarna di booth astro kids

telatah dan gelagat kanak-kanak

CAWANGAN TADIKA & TASKA AL HIDAYAH GEMILANG

          Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua, kini Tadika & Taska Al Hidayah Gemilang telah membuka cawangan barunya yang kedua, yang bertempat di No. 8 Jalan Selasih Taman Tanah Merah, 83000. Batu Pahat Johor.
          Untuk pengetahuan para Ibu/Bapa/Penjaga, Cawangan ini berhampiran dengan beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Tengku Mariam, Sek Lim Poon (1) dan (2) dan Sek Menengah Dato' Bentara Luar. Lokasi Cawangan baru ini juga terletak betul-betul di tengah Pusat Bandar Batu Pahat iaitu berhampiran dengan Hospital, Bangunan Gunasama di Pesta dan pejabat-pejabat kerajaan.
          Perkhidmatan yang di berikan adalah sama dengan cawangan utama kami di Taman Banang Jaya Batu Pahat.  Insyalaah dengan adanya cawangan baru ini, ianya dapat membantu meringankan beban  Ibu/bapa/penjaga yang berkerjaya dalam pengawasan anak-anak mereka yang bersekolah.  Sekian terima kasih


No. 8 Jln. Selasih, Tmn. Tanah Merah

 Halaman dan Kawasan tepi yang luas

Thursday, June 17, 2010

AKTIVITI DI TASIK 'Y'

          Assalamulaikum dan salam sejahtera...di harap para pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga tercinta.  Baiklah untuk tulisan pada kali ini, saya akan memuatkan aktiviti-aktiviti anak-anak Tadika dan Taska Al Hidayah Gemilang, yang mana telah pergi ke Tasik 'Y' sebelum cuti persekolahan. Di Harap akan ada lagi aktiviti-aktiviti atau program-program yang menarik, dapat di adaka di masa akan datang, insyallah....
Cikgu Fadilah sedang memberi penerangan kepada murid-murid

Bersiar-siar di kawasan Tasik

Murid-murid bermain gelong Rotan

Aktiviti memenjat...ia-nya di lakukan dengan berhati-hati.

kami berjaya...!!

Memanjat ala Spiderman...
Bermain sambil belajar abjad A, B, C...

          Sekian saja untuk paparan pada kali ini, insyallah, jika ada kelapangan dan ada aktiviti kanak-kanak di Tadika & Taska Al Hidayah Gemilang, kami akan paparkan untuk para pembaca sekelian. Wassallam...

'Ceria...Bahagia...Sejahtera'

Friday, April 30, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI TADIKA AL HIDAYAH GEMILANG 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TMN. BANANG JAYA 2010.

        Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...diharap para pembaca sekelian dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga yang tersayang insyallah.  Pada kali ini Tadika Al Hidayah akan memaparkan aktivi-aktivi yang telah di jalankan di sepanjang bulan Januari 2010 ~ April 2010

Persembahan dari kanak-kanak Tadika & Transit sempena sambutan Maulidur Rasul 2010, yang bertempat di Surau Taman Banang Jaya.

kanak-kanak Tadika dan penduduk Taman Banang Jaya bersiap sedia untuk perarakan menuju ke perkarangan Surau untuk upacara majlis seterusnya.

 Pertandingan Mewarna anjuran Al Hidayah Group bersempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 2010 yang bertempat di Balai Raya Taman Banang Jaya.

Cikgu Fadilah bersama sebahagian dari ibu/bapa/penjaga kanak-kanak Tadika Al Hidayah Gemilang.

Bacaan Selawat (Marhaban) dari A.J.K Surau Tmn. Banang Jaya

Pengerusi Tn. Hj. Rashid menyampaikan hadiah kepada adik Fahim b. Murad bagi pertandingan Mewarna anjuran Al Hidayah Group.

          Jutaan Terima Kasih kepada para ibu/bapa/penjaga, Tadika/Taska/Transit & Transport Al Hidayah Group, yang telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, barang mahupun tenaga, bagi sama-sama menjayakan majlis yang mulia ini.  Tidak lupa juga jutaan terima kasih di ucapkan kepada A.J.K surau Tmn. Banang Jaya khususnya Tn. Hj. Rashid, Cikgu Yunus dan lain-lain, yang telah memberikan kami sedikit ruang dalam sama-sama menjayakan Majlis ini.  Sekian Terima Kasih.


PEMERIKSAAN PERGIGIAN April 2010
(Klinik Pergigian Batu Pahat) 


          Pada tanggal 16 April 2010, klinik pergigian Batu Pahat telah mengadakan lawatan ke Tadika Al Hidayah Gemilang.  Tujuan lawatan mereka ialah untuk memberi penerangan kepada kanak-kanak dan para guru dalam penjagaan dan kebersihan gigi dengan cara yang betul.  Dalam masa yang sama jururawat klinik pergigian telah sempat membuat pemeriksaan gigi ke atas kanak-kanak Tadika dan Taska.  Terima Kasih di ucapkan kepada semua staff klinik pergigian Batu Pahat, kerana telah memberi satu tunjukajar yang berguna dalam menjaga kebersihan gigi. 

Penerangan penjagaan kebersihan Gigi dari Jururawat Pn.Fadzilah

Staff Klinik Pergigian mengisi borang pendaftaran murid-murid

 Murid-murid tekun mendengar penerangan yang di berikan.

Adik Azim yang berumur 3 tahun

 Anak Cikgu Fadilah, Farzana Damia tidak ketinggalan untuk pemeriksaan gigi...

Adik Wan kelihatan tenang semasa pemeriksaan...

Cikgu Fadilah bersama anak murid bergambar kenangan bersama
staf klinik pergigian Batu Pahat.




Monday, March 15, 2010

TADIKA AL-HIDAYAH GEMILANG

PENGENALAN TADIKA ALHIDAYAH GEMILANG
          Tadika Al-Hidayah Gemilang merupakan sebuah institusi pendidikan bagi menjagar dan mendidik kanak-kanak diperingkat umur 4, 5 & 6 tahun.  Objektif penubuhan ialah, bagi menyediakan tapak semaian dalam pendidikan kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam yang sebenar.
           Menyediakan pendidikan Pra-Sekolah merangkumi pendidikan Agama dengan penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan asa I.C.T.  Kurikulum Tadika Al-Hidayah telah di rekabentuk untuk memberikan persediaan penuh kepada kanak-kanak untuk menghadapi Alam Persekolahan yang sebenar.

Waktu Operasi Tadika Al-Hidayah Gemilang :
Sesi (1)  :  8.00 am ~ 11.30 am
Sesi (2)  :  11.45 am ~ 2.45 pm

Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja mereka

SUKATAN MATAPELAJARAN : 
1.  Fardu Ain/Moral
2.  Bahasa Melayu - (Cahayaku )
3.  Matematik
4.  Bahasa Inggeris - (Mikids system)
5.  Agama Islam
6.  Bahasa Arab & Tulisan Jawi
7.  Iqra
8.  Pendidikan Seni
9.  Hafalan Surah & Doa Harian

Laporan Kemajuan :
Hasil kerja pelajar akan sentiasa direkodkan dari semasa ke semasa didalam kad laporan kemajuan pelajar dan untuk di teliti oleh ibu/bapa/penjaga

Pakaian Uniform dan Sukan :
Tadika Al-Hidayah juga menyediakan perkhidmatan untuk tempahan baju sekolah Uniform, baju Sukan, Cenderhati dan lain-lain.  
Untuk keterangan Lanjut sila hubingi :-
1.  Pn. Fadilah Omar  :  017 732 2976
2.  En.Zainul Rizal       : 019 752 2976


PENGENALAN TADIKA & TASKA AL-HIDAYAH GEMILANG