Friday, April 30, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI TADIKA AL HIDAYAH GEMILANG 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TMN. BANANG JAYA 2010.

        Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...diharap para pembaca sekelian dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga yang tersayang insyallah.  Pada kali ini Tadika Al Hidayah akan memaparkan aktivi-aktivi yang telah di jalankan di sepanjang bulan Januari 2010 ~ April 2010

Persembahan dari kanak-kanak Tadika & Transit sempena sambutan Maulidur Rasul 2010, yang bertempat di Surau Taman Banang Jaya.

kanak-kanak Tadika dan penduduk Taman Banang Jaya bersiap sedia untuk perarakan menuju ke perkarangan Surau untuk upacara majlis seterusnya.

 Pertandingan Mewarna anjuran Al Hidayah Group bersempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 2010 yang bertempat di Balai Raya Taman Banang Jaya.

Cikgu Fadilah bersama sebahagian dari ibu/bapa/penjaga kanak-kanak Tadika Al Hidayah Gemilang.

Bacaan Selawat (Marhaban) dari A.J.K Surau Tmn. Banang Jaya

Pengerusi Tn. Hj. Rashid menyampaikan hadiah kepada adik Fahim b. Murad bagi pertandingan Mewarna anjuran Al Hidayah Group.

          Jutaan Terima Kasih kepada para ibu/bapa/penjaga, Tadika/Taska/Transit & Transport Al Hidayah Group, yang telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, barang mahupun tenaga, bagi sama-sama menjayakan majlis yang mulia ini.  Tidak lupa juga jutaan terima kasih di ucapkan kepada A.J.K surau Tmn. Banang Jaya khususnya Tn. Hj. Rashid, Cikgu Yunus dan lain-lain, yang telah memberikan kami sedikit ruang dalam sama-sama menjayakan Majlis ini.  Sekian Terima Kasih.


PEMERIKSAAN PERGIGIAN April 2010
(Klinik Pergigian Batu Pahat) 


          Pada tanggal 16 April 2010, klinik pergigian Batu Pahat telah mengadakan lawatan ke Tadika Al Hidayah Gemilang.  Tujuan lawatan mereka ialah untuk memberi penerangan kepada kanak-kanak dan para guru dalam penjagaan dan kebersihan gigi dengan cara yang betul.  Dalam masa yang sama jururawat klinik pergigian telah sempat membuat pemeriksaan gigi ke atas kanak-kanak Tadika dan Taska.  Terima Kasih di ucapkan kepada semua staff klinik pergigian Batu Pahat, kerana telah memberi satu tunjukajar yang berguna dalam menjaga kebersihan gigi. 

Penerangan penjagaan kebersihan Gigi dari Jururawat Pn.Fadzilah

Staff Klinik Pergigian mengisi borang pendaftaran murid-murid

 Murid-murid tekun mendengar penerangan yang di berikan.

Adik Azim yang berumur 3 tahun

 Anak Cikgu Fadilah, Farzana Damia tidak ketinggalan untuk pemeriksaan gigi...

Adik Wan kelihatan tenang semasa pemeriksaan...

Cikgu Fadilah bersama anak murid bergambar kenangan bersama
staf klinik pergigian Batu Pahat.