Assalammulaikum...dari Pusat Jagaan Al Hidayah Gemilang Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor
" Awal-awal Agama ialah mengenal ALLAH "
Tadika dan Taska Al-Hidayah Gemilang merupakan satu tempat bagi mendidik dan mengasuh kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam, bersesuaian dengan Era Teknologi masa kini...
Pengasas Tadika & Taska Al Hidayah Gemilang : Pn. FADILAH BT. HJ. OMAR
" Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu dan bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani "
Di samping memberi penumpuan kepada pendidikan akademik... pendidikan Agama, moral dan akhlak juga mesti di beri penekanan. Oleh itu Al-Hidayah Gemilang di tubuhkan untuk melahirkan kanak-kanak yang cermelang dalam bidang akademik dan memdidik agar jiwa, fikiran dan fizikal mereka mengikut tuntutan syariat.
Objektif :-
- Mengasuh dan memberikan didikan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan Syariat.
- Melatih kanak-kanak mendapat persediaan awal bagi mempelajari asas pembelajaran iaitu MEMBACA, MENULIS dan MENGIRA.
- Menggalakan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling.
- Membina keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti di kalangan kanak-kanak.
- Melahirkan kanak-kanak yang berfikiran terbuka dengan berlandaskan tuntutan syariat dalam dunia globelasasi.
Pn. Fadilah bersama Pengasas
" MIKIDS Programme "