Wednesday, December 7, 2011

CAWANGAN BARU AL-HIDAYAH DI PT. RAJA

          Apa khabar semua pembaca sekalian...?   Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca sekelian, Al-Hidayah Educare akan membuka cawangan barunya pada tahun 2012 di kawasan Parit Raja Batu Pahat.
Pembaca bolehlah segera membuat PENDAFTARAN di Cawangan kami Al-Hidayah Citra Minda yang beralamat :

TADIKA AL-HIDAYAH CITRA MINDA - (CAWANGAN BARU)
NO. 1 JALAN BUNGA RAYA 2
TMN. BUNGA RAYA, 864000
PARIT RAJA. BATU PAHAT
JOHOR.
TEL :  CIKGU IZA - 013 705 6650

 TADIKA AL-HIDAYAH GEMILANG - (HEAD)
NO. 13, 14 & 15. JALAN GEMILANG 6
TAMAN BANANG JAYA
83000. BATU PAHAT
JOHOR.

 TADIKA AL-HIDAYAH CEMERLANG - (CAWANGAN BARU - N0. 2. JLN. ANGSANA)
NO. 8. JALAN SELASIH & NO. 2. JALAN ANGSANA
TAMAN TANAH MERAH
83000. BATU PAHAT
JOHOR

PERKHIDMATAN KAMI :

                                          1.  TADIKA          
                                          2.  TASKA            
                                          3.  TRANSIT        
                                          4.  TRANSPORT  
                                          5.  TUITION

Untuk Keterangan lebih Lanjut :  Sila Hubungi Kami  di Alamat atau No. Tel yang tertera di atas.
...Sekian Terima Kasih...




KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN KEBANGSAAN - (KSPK)

              Apa khabar semua pembaca sekalian...?   Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca budiman,  Al-Hidayah Educare telah menghantar 4 orang Guru dari Tmn. Banang Jaya dan Tmn. Tanah Merah untuk menghadiri kursus KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN KEBANGSAAN - (KSPK), yang bermula dari 5-Dec-2011 ~ 23-Dec-2011 iaitu selama 3 minggu yang berlangsung di Pine Tree Hotel.
                 Al-Hidayah Educare mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rini dari Tmn. Banang Jaya, Cikgu Norashikin dan Cikgu Adila dari Tadika Al-Hidayah Tmn. Tanah Merah Lim Poon.  Ucapan Terima Kasih juga di ucapakkan kepada tenaga pengajar KSPK iaitu Cikgu Khaina dan Tenaga Pengajar yang lain.  Tidak lupa juga ucapan Terima Kasih kepada Tn. Hj. Dahlan dari Jabatan Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Pn. Fadilah & Cikgu Adila bersama Pn.Zimawati dari Tadika Al-Huda Tmn. Makmur B. Pahat

Kumpulan BERJAYA bersama Tenagan Pengajar Pn. Khainah - Dlm sesi Perbentangan

MAJLIS KONVOKESYEN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

           Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.  Baiklah untuk pengetahuan para pembaca budiman sekelian,  Majlis Konvokesyen Al-Hidayah Educare telah berlangsung dengan jayanya pada 24-Nov-2011, yang bertempat di SUMMIT PRADE Batu Pahat.
         Ribuan Terima Kasih di Ucapkan kepada para GURU AL-HIDAYAH EDUCARE, yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik anak-anak untuk  menjayakan Majlis yang gilang-gemilang ini.  Begitu juga kepada anak-anak Al-Hidayah Educare (Tadika - Taska - Transit - Transport - Tuition), yang sama-sama menjayakan majlis ini dengan Persembahan yang bersahaja dan sangat menghiburkan.
          Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kepada Para-Sponser - (Summit Prade, Cosmic EMB, Omry Trading dll).  Begitu juga buat Tuan Hj. Sapawi b. Johari, Pengerusi Al-Hidayah Educare Negeri Johor, yang telah sudi Merasmikan Majlis Konvokesyen Pada Kali ini.
                      

Sekian Terima Kasih...


MAJLIS KONVOKESYEN AL-HIDAYAH EDUCARE
Persembahan dari Al-Hidayah Tmn. Banang - 5th

Penyampaian SIJIL oleh Tn. Hj. Sapawi - (Pengerusi Hidayah Negeri JOHOR)
         
Pn. Fadilah Bersama Al-Hidayah Citra Minda - Pt. Raja (Cawangan Baru)

Persembahan Murid 6th

Murid 4th - Tmn. Banang

Murid 4th - Lim Poon